PELANGGAN STEMLIFE Dapatkan Maklumat Pek Percuma
StemLife Difference
StemLife Difference
AABB

Akreditasi AABB – Bank sel stem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di Malaysia.

AABB Accreditation

Sejak penubuhan kami, Stemlife sentiasa mematuhi amalan terbaik dan mematuhi protokol yang ketat bermula dari pengumpulan sample, memproses dan menyimpan darah tali pusat anak anda. Stemlife juga telah mewujudkan sistem kualiti dan mempunyai rekod prestasi perkhidmatan perbankan darah tali pust yang dipercayai dan rekod prestasi transplantasi.

Pada bulan April 2018, penekanan dan komitmen kami terhadap kualiti telah diiktiraf apabila kemudahan kami diakreditasi oleh AABB, sekaligus membawa standard perbankan darah tali pusat di Malaysia ke peringkat bertaraf dunia.

Ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bank yang diakreditasi oleh AABB boleh memastikan bahawa unit darah tali pusat telah dikumpulkan, diuji, diproses dan disimpan mengikut piawaian antarabangsa semasa. Sekiranya unit darah tali diperlukan pada masa akan datang, doktor pemindahan di mana-mana di dunia akan tahu bahawa unit yang diserahkan oleh bank yang diakreditasi AABB telah dikumpulkan, diuji, diproses dan disimpan dengan cara yang konsisten dengan meningkatkan peluang untuk pemindahan yang berjaya.

Akreditasi AABB

AABB telah menerajui dunia di dalam pembangunan piawai perbankan darah sejak tahun 1957. Sejak tahun 1991, AABB telah menerbitkan piawaian untuk perbankan darah tali pusat (yang dikemas kini secara kerap berdasarkan pengetahuan tambahan di dalam bidang perbankan darah tali pusat), dan piawaian yang tinggi ini telah diiktiraf sebagai piawaian terunggul di dunia. Akreditasi AABB dilihat sebagai salah satu kriteria yang paling penting apabila memilih atau mengesyorkan bank darah tali pusat. Setelah berjaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh AABB, ini menunjukkan bahawa Stemlife sangat komited dalam memberikan fakta dan kaedah yang terbaik untuk memproses serta menyimpan unit darah tali pusat yang sedia untuk ditransfusi jika diperlukan pada masa akan datang.

Stemlife telah mendapat akreditasi dari AABB pada tahun 2018.

X            

Dapatkan info kuasa sel stem tali pusat?

Hubungi kami di +603 2166 3636 atau membuat temujanji untuk!
Buat temujanji sekarang