PELANGGAN STEMLIFE Dapatkan Maklumat Pek Percuma

Mengapakah ia penting untuk mencari bank darah tali pusat swasta yang boleh dipercayai?

Membuat keputusan yang mampu mengubah hidup untuk menyimpan sel stem bayi anda yang baru lahir boleh menjadi satu tugas yang mencabar. Mencari bank darah tali pusat yang boleh dipercayai adalah penting. Jika bank darah tali pusat tidak mempunyai piawaian yang tinggi untuk pengendalian , pemprosesan dan penyimpanan, ini boleh menjejaskan simpanan darah tali pusat bayi anda.

Jika bank tidak stabil dari segi kewangan nya, keadaan darah tali pusat bayi anda yang disimpan bagi jangka panjang boleh terjejas . Oleh itu, jika anda mengenalpasti sebuah bank berdasarkan harga dan tawaran promosi , bank yang anda pilih mungkin tidak memenuhi piawaian dan kualiti yang diperlukan. Suatu hari kelak jika anak anda memerlukan sel stem darah tali pusat ,anda pasti mahu yakin bahawa ia telah diproses dan disimpan dengan selamat dan masih berhayat untuk digunakan apabila diperlukan.

Garis panduan berikut boleh membantu anda membuat keputusan dan mengenalpasti bank pilihan anda bagi menyimpan darah tali pusat dan selaput tali pusat bayi anda:

SYARIKAT DENGAN KREDIBILITI KEWANGAN YANG CEMERLANG DAN STABIL

Adakah bank tersebut kukuh , stabil dan telus dari segi kewangan nya?

PETUNJUK YANG BAIK SAMA ADA SYARIKAT TERSEBUT AKAN MASIH BEROPERASI PADA MASA DEPAN ADALAH BERAPA LAMA MEREKA TELAH BEROPERASI.
Anda perlu mencari sebuah bank yang mempunyai rekod prestasi yang kukuh. Lihatlah pengalaman perniagaan syarikat. Berapa lama ia telah menceburi dalam industri perbankan darah tali pusat ? Apabila anda membuat keputusan untuk membankan sel stem bayi, anda memulakan proses mendapatkan perlindungan jangka panjang untuk anak anda. Periksalah sama ada syarikat itu mempunyai hubungan yang kukuh dengan bank darah tali pusat yang berwibawa lain atau sebagai ahli kumpulan perbankan sel stem lain dan bahawa perniagaannya diuruskan dengan cekap . Satu syarikat yang kukuh , mempunyai status kewangan yang stabil dan telus adalah jaminan bahawa sel stem bayi anda akan disimpan dengan selamat bertahun-tahun yang akan datang.

PENGALAMAN BANK – BILANGAN UNIT SEL STEM YANG DISIMPAN.

Berapa lamakah bank itu telah ditubuhkan? Berapa ramai pelanggan telah menyimpan sel stem?

Berapa tahun bank telah ditubuhkan dan berapa banyak unit sel stem darah tali pusat yang disimpan memberi petunjuk bahawa ramai pelanggan telah mengamanahkan syarikat untuk menyimpan sel stem darah tali pusat anak mereka. Ini adalah satu petanda yang ibu bapa mempunyai kepercayaan dan keyakinan dengan bank tersebut. Anda juga perlu mengambil kira jumlah pengalaman dan tanggungjawab ketelusan, pengurusan syarikat, komitmen dan reputasi prestasi perkhidmatannya.

PIAWAIAN MAKMAL, PENYIMPANAN BERLESEN & KEMUDAHAN SIMPANAN BEKALAN ELEKTRIK

Adakah makmal syarikat memenuhi kualiti piawaian yang telah ditetapkan? Adakah syarikat itu berlesen dan diluluskan oleh pihak berkuasa yang diiktiraf?

Ibu bapa yang mengandung perlu mendapatkan penjelasan dan membuat pengesahan daripada syarikat tentang lesen dan peraturan piawaian yang diperlukan untuk mengendalikan makmal untuk memproses dan menyimpan sel stem. Lokasi strategik makmal juga perlu diambil kira , sama ada ia mudah diakses dan berhampiran dengan hospital kerana masa adalah penting untuk memudahkan proses rawatan. Akhir sekali , adakah makmal syarikat mempunyai pelan kontingensi untuk mengatasi gangguan bekalan elektrik , kebakaran , kecurian dan rompakan, banjir dan lain-lain?

ADAKAH BANK MEMPUNYAI PENGALAMAN KLINIKAL ? REKOD PESTASI YANG TERBUKTI ? PROSES TRANSPLAN YANG BERJAYA DILAKUKAN?

Pernahkah proses transplantasi dilakukan? Adakah sel masih berhayat untuk digunakan setelah dikeluarkan dari tangki simpanan?

Pengalaman mengeluarkan darah tali pusat untuk transplantasi dan mengambil bahagian dalam terapi eksperimen adalah satu petunjuk bahawa syarikat itu telah berjaya dengan aplikasi klinikal darah tali pusat . Ia mengesahkan bahawa darah tali pusat yang disimpan adalah berhayat untuk terapi. Bank yang mempunyai pengetahuan dan beberapa transplantasi sel stem yang berjaya dilaksanakan dengan kerjasama doktor-doktor perubatan memberitahu anda bahawa pengalaman bank dan sel-sel stem yang disimpan adalah berhayat untuk digunakkan dalam rawatan transplantasi.

JAMINAN KUALITI

Adakah makmal tersebut mempunyai akreditasi atau persijilan daripada pihak berkuasa yang berkenaan?

Terdapat beberapa agensi penganugerah akreditasi yang terkenal yang memastikan dan memantau kualiti makmal perkhidmatan, khusus untuk makmal darah tali pusat. Contohnya:

  • ISO15189 – Ia mengesahkan pengiktirafan kecekapan makmal dalam sistem pengurusan makmal dan amalan teknikal dalam ujian makmal. Proses harian makmal ini juga tertakluk kepada penelitian oleh pengarah makmal yang berpengalaman dari seluruh negara.
  • AABB (dahulunya dikenali sebagai Persatuan Bank Darah Amerika) – Pencapaian akreditasi ini diharapkan oleh bank-bank darah pusat dan swasta di dunia. Ia mengakses sistem kualiti dan operasi di dalam kemudahan bank.

PEMIMPIN INDUSTRI . TEKNOLOGI BARU. PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

Adakah sebarang perkembangan teknologi dan penyelidikan dan pembangunan?

Dengan kemajuan sains perubatan dan kemajuan teknologi saintifik, syarikat yang lebih tekun dalam penyelidikan, ujian klinikal dan pembangunan teknologi akan dapat menemui lebih rawatan berpotensi untuk anda dan keluarga anda. Juga, melalui rakan penyelidikan dan pembangunan (terutama di peringkat global), lebih banyak aplikasi / ujian yang boleh dipelbagaikan dan potensi rawatan sel stem boleh dimaksimakan.

PENGANGKUTAN SEL

Adakah darah tali pusat dihantar dengan selamat dan cekap? Adakah bank memberikan jaminan ini secara bertulis?

Langkah penting pertama adalah untuk darah tali pusat dan selaput tali pusat yang dikumpul dari hospital / klinik dihantar ke makmal secepat mungkin. Masa adalah amat penting untuk memastikan bahawa sel berhayat dihantar ke makmal untuk diproses dalam keadaan yang optimum bagi penyimpanan. Sel stem yang terdapat di dalam darah tali pusat dan selaput tali pusat yang baru dikumpul adalah rapuh dan sensitif kepada suhu dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati oleh kakitangan terlatih yang berkelayakan dan penuh dedikasi.

UJIAN KOMPREHENSIF DAN SARINGAN SEL

Adakah bank menjalankan ujian dan pemeriksaan yang komprehensif?

Ujian komprehensif dan pemeriksaan perlu dilakukan untuk setiap kutipan darah tali pusat:

  1. Jumlah darah tali pusat yang telah dikumpul
  2. Bilangan jumlah sel bernukleus (TNC)
  3. Bilangan sel CD34 + dan berhayat
  4. Kumpulan darah bayi
  5. Penyakit berjangkit* (contohnya Hepatitis B, Hepatitis C, Sifilis , HIV , CMV) untuk darah tali pusat dan darah ibu
  6. ujian pencemaran
*seperti yang diminta oleh Piawaian Kebangsaan bagi Bank Darah Tali Pusat dan Transplan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Untuk lapisan tali pusat yang dikumpul , satu ujian pengesahan yang lengkap hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
  1. Ujian mikrob untuk bakteria dan kulat – Untuk membuktikan yang unit telah dibersihkan daripada sebarang pencemaran
  2. Ujian penanda bio / ujian Phenotyping – Untuk mengesahkan kehadiran sel sasar dalam tisu
  3. Ujian pengesahan tisu melalui pengembangan sel – Untuk mengesahkan sel yang disasar adalah berhayat dan boleh berkembang
X            

Dapatkan info kuasa sel stem tali pusat?

Hubungi kami di +603 2166 3636 atau membuat temujanji untuk!
Buat temujanji sekarang