PELANGGAN STEMLIFE Dapatkan Maklumat Pek Percuma
About StemLife
About StemLife

Pengurusan Kami

Raymond Wong

Ketua Pegawai Eksekutif

Encik Raymond Wong dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Stemlife Berhad pada 6 Januari 2019. Beliau mempunyai pengalaman yang lebih daripada 20 tahun dalam rangkaian bekalan, pengedaran dan pengkomersialan untuk produk biofarmaseutikal.

Sebelum menyertai Stemlife, Encik Raymond telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan dalam 20 syarikat biofarmaseutikal terkenal di dunia. Beliau berjaya membawa pelbagai bidang projek termasuk bidang onkologi, imunologi, penyakit kardiovaskular dan penyakit berjangkit.

Encik Raymond adalah ahli farmasi yang berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia dan Persatuan Farmaseutikal Ireland Utara.

Beliau juga mempunyai ijazah MBA dari Deakin University, Australia dan BSc (Kepujian) dalam bidang Farmasi, Queen's University of Belfast, United Kingdom. Beliau kini merupakan calon Sarjana Undang-undang (LL.M) di Universiti Edinburgh yang khusus dalam Undang-undang dan Dasar Harta Intelek.

Zahrein Redza

Ketua Pegawai Operasi

Encik Zahrein Redza menyertai StemLife pada tahun 2005 sebagai Pengarah Operasi , selepas berkhidmat di Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn sebagai Ketua Pegawai Operasi. Beliau mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang penjagaan kesihatan, pengalaman klinikal dan juga pengalaman industri. Beliau pernah berkhidmat sebagai Saintis Penyelidikan di Institut Penyelidikan Klinikal Montreal di Kanada, Saintis Penyelidikan di Scitech Genetik di Singapura dan Eksekutif Bahagian Diagnostik di Pusat Perubatan Subang Jaya dan juga dilantik sebagai Pengarah di beberapa syarikat dibawah Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia.

Encik Zahrein Redza memperolehi Ijazah Sarjana dalam Biokimia pada tahun 1993 dari Universiti Queen’s Kingston di Ontario , Kanada.

X            

Dapatkan info kuasa sel stem tali pusat?

Hubungi kami di +603 2166 3636 atau membuat temujanji untuk!
Buat temujanji sekarang