PELANGGAN STEMLIFE Dapatkan Maklumat Pek Percuma
FAQ
FAQ

Soalan lazim selaput tali pusat

Perbezaan utama adalah pada jenis sel-sel stem yang diperolehi daripada setiap sumber.

Darah tali pusat mengandungi sel-sel stem hematopoetik (HSC) yang boleh digunakan untuk menjana semula sel-sel darah yang sihat dan sistem imun. Sel-sel ini telah berjaya digunakan dalam rawatan pelbagai penyakit yang mengancam nyawa seperti lukimia, limfoma dan beberapa jenis kanser dan penyakit darah.

Sebaliknya, selaput tali pusat mengandungi 2 jenis sel-sel stem yang unik dan berkuasa, iaitu MSC dan EpSC. Sel-sel stem ini telah menunjukkan keupayaan yang amat besar dalam membantu membaiki tisu yang cedera dan organ-organ serta rawatan pelbagai penyakit. MSC adalah blok binaan tisu struktur badan kita seperti tulang, tulang rawan dan otot. Sel-sel yang berasal dari EpSC membentuk kulit, rambut, kornea, kelenjar peluh dan juga sel-sel secretor yang lain, sel deria dan sel yang menyelaputi bahagian penting dalam badan kita seperti hati. Keupayaan unik MSC dan EpSC yang boleh membeza kepada pelbagai jenis sel menjadikan sel-sel ini suatu sumber yang mempunyai potensi yang cerah untuk terapi selular dan perubatan regeneratif.

Kami mengesyorkan anda untuk menyimpan kedua-dua sel stem darah dan selaput tali pusat kerana denganya anda akan menyimpan kesemua 3 sumber biologi yang unik. Sumber-sumber ini membantu anda menyediakan pilihan maksima bagi kesihatan keluarga pada masa depan dan memberikan pilihan perlindungan yang menyeluruh untuk anak anda dan ahli keluarga anda.

Selaput tali pusat mengandungi dua jenis sel stem, bukan hanya satu jenis dari jeli Wharton. Ia juga menghasilkan lebih banyak sel stem berbanding jeli Wharton. Kira-kira 20 juta sel stem boleh diperolehi dari setiap sentimeter persegi selaput tali pusat, manakala hanya kira-kira 54,000 sel stem yang boleh diperolehi dari setiap sentimeter padu jeli Wharton. Di samping itu, dengan hak eksklusif ke atas teknologi CellOptimaTM yang dipaten kamilah satu-satunya bank sel stem di Malaysia yang mempunyai hak untuk mengasingkan dan mengembangkan sel stem (iaitu MSC dan EpSC) dari selaput tali pusat. Dengan berbuat demikian, kami dapat membantu anda mendapatkan perlindungan maksima bagi ahli keluarga anda dan juga potensi perubatan dari tali pusat anak anda.

MSC adalah blok binaan tisu struktur badan kita seperti tulang, tulang rawan , otot , tisu berserat dan lemak. MSC adalah penting kerana:

  • Berpotensi besar untuk merawat penyakit dan pembaikan tisu/organ yang cedera.
  • Keupayaan untuk membeza kepada lemak, rawan , otot , kulit dan saraf meningkatkan potensi untuk aplikasi penyembuhan luka , tulang dan pembaikan tulang rawan dan masaalah neurologi dan ortopedik yang lain.
  • Apabila digunakan dengan sel-sel stem hematopoetik ( HSC ) , ia meningkatkan kadar kejayaan pemindahan darah tali pusat.
  • Kebanyakan kerja-kerja pra-klinikal juga menunjukkan bahawa MSC manjalankan terapi melalui ciri trofik penyelamat dan modulasi sistem imun.
  • Penyelidikan pra-klinikal yang berterusan menggunakan MSC dalam beberapa model haiwan bagi pelbagai penyakit seperti penyakit neurodegenerative , kanser , penyakit jantung, strok, diabetes jenis 1 , Parkinson , penyakit paru-paru , penyakit hati dan lain-lain.

Sel stem Epithelial (EpSC) dianggap sebagai sumber utama untuk pertumbuhan semula epidermis dan kulit. EpSC adalah penting kerana:

  • Ia membentuk tisu-tisu lembut yang menyambung , menyokong, atau menyelubungi struktur dan organ-organ badan lain termasuk kulit, kornea , hati , pankreas dan saraf.
  • Kajian model pra -klinikal telah menunjukkan keputusan yang positif dalam rawatan trauma tisu yang disebabkan oleh kebakaran , radiasi dan ulser diabetes walaupun dengan penggunaan EpSC.
  • Institut Penyelidikan Mata Singapura dan Universiti Perubatan Wilayah Kyoto juga menerbitkan kajian mengenai penggunaan sel-sel epitelia untuk rawatan pelbagai penyakit permukaan mata. Kedua-dua institusi melaporkan bahawa pesakit mereka pulih sepenuhnya tanpa komplikasi.

Ya, ia berpotensi digunakan. Secara teori , sel-sel stem ibu yang diproses dan diambil dari selaput tali pusat dipercayai telus imunya. Ini bermakna bahawa sel-sel ini tidak ditolak oleh sel-sel imun penerima. Ini adalah kerana sel-sel selaput tali pusat menghasilkan molekul HLA -G dan HLA -E untuk menghalang sel radang dan imun yang bertanggungjawab menolak sel asing. Kajian masih diteruskan dengan mengumpul maklumat lanjut untuk memastikan teori ini.

Selaput tali pusat setiap bayi yang baru lahir adalah sumber kuat MSC dan EpSC. Kami menggalakkan ibu bapa supaya menyimpan bagi setiap anak dalam keluarga kerana kebarangkalian kegunaan meningkat ketara sepanjang hayat kanak-kanak itu seiring dengan kemajuan teknologi dan penemuan banyak aplikasi baru. Oleh kerana kebolehan unik mengawal sistem imun, sumber sel stem ini mungkin digunakan untuk lebih banyak jenis rawatan kepada ahli keluarga pada masa akan datang . Ia juga memberi pilihan kepada doktor yang menjalankan pemindahan untuk menggunakan sumber terbaik sama ada sumber sel stem otologos atau alojenik untuk merawat keadaan tertentu. Selain itu , ujian klinikal biasanya bermula secara otologos.

X            

Dapatkan info kuasa sel stem tali pusat?

Hubungi kami di +603 2166 3636 atau membuat temujanji untuk!
Buat temujanji sekarang