PELANGGAN STEMLIFE Dapatkan Maklumat Pek Percuma
StemLife Clients
Pelanggan Stemlife

Therapy Centre


Ibu bapa Stemlife yang dihormati

Di Stemlife, kami menghargai kepercayaan anda dalam memilih kami untuk menyimpan sel stem berharga anak anda. Kami mengambil tanggungjawab ini secara serius dengan menyediakan standard tertinggi dalam perbankan darah tali pusat untuk memastikan bahawa sel stem anak anda tersedia jika diperlukan.

Walaupun janji dan tanggungjawab utama kami adalah memastikan keselamatan sel darah dan tali pusat bayi anda yang berterusan, kami sedar tentang peranan kami dalam membantu keluarga kami apabila mereka memerlukan sel stem yang berharga ini.

Untuk memenuhi keperluan ini, kami telah berbincang dengan pasukan penyelidikan dan penyelidik antarabangsa yang terkenal untuk melihat di mana kami dapat melakukan usaha penyelidikan dan percubaan klinikal yang mempunyai potensi cerah secara proaktif supaya dapat memanfaatkan peluang ini kepada anda, keluarga StemLife kami.

Pusat Terapi Sel Stemlife membantu keluarga Stemlife jika terdapat sebarang pertanyaan tentang keadaan yang menimpa insan yang tersayang. Melalui persoalan anda, kami berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pelbagai kemungkinan rawatan atau peluang percubaan yang mungkin terbentang.

Sila lengkapkan borang berikut dan pasukan Pusat Terapi Sel Stem Stemlife akan menghubungi anda tidak lama lagi.

Nama:*
Name is required
Emel:*
Email address is required
No. Telefon:*
Contact Number is required
Terangkan lebih lanjut penyakit/ keadaan:*
Condition or Illness is required
Siapa yang menderita keadaan ini?*
This field is required
Adakah keadaan ini sedang dipantau oleh doktor?*

Please select
Terangkan lebih lanjut rawatan atao terapi semasa (jika ada) :*
Please enter details
Soalan untuk Stemlife
Saya bersetuju *

Please agree to the terms of contact
Please verify : *
Required.


Pusat Terapi Stemlife tidak menjamin sel-sel stem yang tersimpan dapat memberi penawar atau terpakai dalam setiap situasi atau keadaan apa jua sekali pun. Kesesuaian dan kelayakan unit darah tali pusat yang telah tersimpan untuk kegunaan terapi atau percubaan klinikal adalah berdasarkan pada cadangan doktor yang merawat.

X            

Dapatkan info kuasa sel stem tali pusat?

Hubungi kami di +603 2166 3636 atau membuat temujanji untuk!
Buat temujanji sekarang