PELANGGAN STEMLIFE Dapatkan Maklumat Pek Percuma
StemLife Difference
StemLife Difference

CellOptima™ – Teknologi eksklusif dan berpaten yang anda tidak akan mahu terlepas!

Teknologi eksklusif dengan 22 Perlindungan Paten Antarabangsa yang telah dianugerahkan setakat tahun 2019

Sekumpulan doktor dan saintis beranugerah dari Singapura telah membuat pertemuan yang penting di dunia iaitu penemuan dua jenis sel stem berkuasa, MSC dan EpSCs dari selaput tali pusat. CellOptima™ adalah teknologi unik yang telah dibangunkan oleh dua orang pakar berkelulusan dari Universiti Cambridge dan Stanford yang boleh mengasingkan dan mengembangkan sel stem daripada selaput tali pusat. Penemuan teknologi dinamakan CellOptima™ ini telah membolehkan perintis ink untuk menerima geran paten dari 22 negara termasuk Amerika Syarikat , United Kingdom , China , Singapura , Hong Kong , New Zealand , Malaysia dan banyak lagi. Paten tersebut melarang sesiapa selain daripada pemilik paten daripada menghasilkan sel-sel stem daripada selaput tali pusat. Di Malaysia, hanya StemLife sahaja bank sel stem yang diberi kuasa dan mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan teknologi CellOptima™ dan memberikan perkhidmatan perbankan selaput tali pusat kepada anda dan keluarga anda.

Ciri-ciri Utama Perkhidmatan Selaput Tali Pusat kami & CellOptima™

Post-Thaw Confirmation Tests

Ujian Pengesahan Pasca Cairan

Di StemLife , kami tidak berkompromi dengan kualiti perkhidmatan kami dan kami mengendalikan setiap sampel seperti ianya sampel sendiri. Dalam masa 4 minggu krioawetan , sebahagian kecil daripada tisu selaput tali pusst akan diuji menggunakan teknologi CellOptima™. Ini dilakukan untuk mengesahkan kehadiran 2 jenis sel (MSC & EpSC ) dan bahawa sel-sel tersebut boleh diasingkan dan dikembangkan pada masa akan datang sekiranya perlu.

Global Cord Registry

Senarai daftar Global Cord – Maklumat di hujung jari anda

Apabila anda membankan selaput tali pusat bayi anda dengan kami , secara automatik anda akan menjadi ahli Senarai Daftar Global Cord. Ini membolehkan anda mengakses maklumat terkini mengenai kemajuan terapeutik dan penggunaan sel-sel stem yang diperoleh daripada selaput tali pusat serta maklumat tentang institusi yang Burleson untuk menawarkan rawatan terapeutik menggunakan sel-sel stem / sel-sel ibu selaput tali pusat. Sel stem yang tidak diproses oleh bank berdaftar tidak akan mendapat akses menggunakan teknologi yang dipaten termasuklah tetapi tidak terhad kepada pengasingan dan pengembangan EpSCs dan MSC.

Uses and Therapy

Terapi dan Kegunaan

Penggunaan sel stem selaput tali pusat bukanya secara konsep sahaja – kegunaanya adalah realiti. Sejak tahun 2005, teknologi sel stem selaput tali pusat telah digunakan dalam percubaan klinikal – dengan kelulusan Lembaga Penyelidikan Institusi di pusat-pusat kolaborator.

Senarai Ujian Klinikal dengan Sel Stem yang dituai dengan CellOptima™

KondisiNama university atau institusi penyelidikan
Pemulihan dan pembaikan jantung
  • National University of Singapore
  • Hamburg University, Heart Centre, Germany
Pengurusan luka dan luka bakar
  • Shriner’s Children’s Burns Hospital, United States
  • Chinese University of Hong Kong
  • National Burns Centre, Hanoi, Vietnam
Penjanaan kornea
  • Singapore Eye Research Institute, Singapore
  • National Eye Institute, Hanoi, Vietnam
Penjanaan hati
  • National University of Singapore
Permudaan kulit & rambut
  • Camden Medical Centre, Singapore
  • BK Clinic, South Korea
  • National Institute of Dermatology, Hanoi, Vietnam
Sel penghasil insulin
  • National Cancer Centre, Singapore
  • National University of Singapore
Pembezaan neuronal untuk gangguan pendengaran
  • Stanford University, United States
Pembezaan, pembaikan dan penjanaan semula tulang.
  • AO Foundation, Switzerland
  • Keele University, United Kingdom
Hemophilia A
  • National Cancer Centre, Singapore
Lapisan penyangga manusia untuk perkembangan sel stem
  • Duke University, United States and National University of Singapore (co-collaboration)
X            

Dapatkan info kuasa sel stem tali pusat?

Hubungi kami di +603 2166 3636 atau membuat temujanji untuk!
Buat temujanji sekarang